CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 6, 2012

Hebat tak SUSU IBU...

Berapa Banyak Bayi Minum Air?

Aku baru tahu berapa banyak bayi patut minum air. Ni pun aku baca kat blog hebatkan.blogspot.com...Aku rase betul maklumat ni..Bagi Bakal ibu patut tahu maklumat seperti di bawah:-

cARa mEnyImPaN MaKaNan bAyi

Hye semua...Aku tengah cari kerajinan untuk membuat makanan qisya ..so aku google la cara penyimpanan makanan dan apa makanan yang boleh dimakan untuk qisya..Blog ibucergas ni bagus jugak sebab ada gambar sekali. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la refer http://ibucergas.com/2011/01/makanan-bayi-yang-sihat-tanpa-pengawet/..

Ini hasil tangan ibucergas..kagum la aku tengok..rasa semangat dan tak sabar pulak nak buat seperti di atas...

Ni makanan yang dah dibekukan...so boleh pasni aku cari tray ais yang bertutup di pasaraya yang berdekatan...Ibucergas ni cakap dia beli dekat Giant...i follow u...hehehe
Ni pulak selepas dibekukan boleh dimasukkan di dalam bekas yang agak besar kemudian bila nak masak boleh lah dicampurkan seperti gambar di atas..Bestkan...memang terbaik la blog ibu cergas ni banyak maklumat aku dapat..tq:)
  1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
  2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
  3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
  4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
  5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
  6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.
terima kasih kepada ibucergas.com :)


mAkaNaN pEjaL YanG pErLu TaHU

aKU gOoGle MakANaN pEjaL uNtuK bAYI YanG bErUsIA 6 bULan kE Atas...AntARA yaNG aKU daPAt DArI BEberaPA BloG iaItu:


1) BuBuR NaSi + SaWi + IKaN bILis@ aYaM
2) BuBuR NaSi + CaRrOT +ikAn biLiS @ aYaM + KiSmIS
3) BuBuR NaSi + LAbU +IkaN biLiS @ aYaM
4) BuBuR NaSi +Ubi JePUn+IKaN biLiS @ aYaM
5) BuBuR NaSi + KenTanG + iKaN biLIs @ aYaM
6) RotI+bEtIk+sUSu ForMUla @ sUsU iBU
7) BuBuR+cArRot+sAYuR SawI+KeNtAng+iKAn BiLis

bENDA pENtIng UtK BAby YanG bARU mAKan

aKU bAru tAHU BeNDa Ni aGAk PeNTIng uNTUK BAyI yANg Baru mAKAn..BendA pe Itu...taraaaaaaa..:-

fOOd CoNtAiNer- sIMpAn mAkAnAn UntuK bEbERapA MinGGu..mUDaHkAN..

Sunday, August 5, 2012

Qisya 6 Bulan

Terasa cepat pulak si kecik ni membesar...da masuk 6 bulan yek...so sekarang ni aku tengah mencari panduan makanan pelengkap si bayi yang berusia 6 bulan...


Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
Minggu 2-4

Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju
9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)