CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 23, 2012

Doakan anakmu, Doakan ibu bapamu..

Aku baru jer lepas baca majalah PA&MA..ada satu artikel tu aku rase patut kot aku tulis kat blog ni..boley share kat korang ilmu tu..Doakan anakmu & doakan ibu bapamu..ayat ni sahaja pasti kite faham maksudnyer kan...simple but its very important..lagi2 kalau kite jenis yang kadang2 lupe nak doakan kesejahteraan hidup anak..

Antara yang perlu kite tahu ialah:-
+ Doa memohon rahmat
+ Doa supaya anak mengerjakan solat
+ Doa Melembutkan hati anak
+ Doa anak menjadi bijak

ESP Shaklee (energizing Soy protein)

Salam semua dan selamat tengahari....Hari ni aku nak bercerita pasal ESP  Shaklee.Aku xdelah tahu detail sangat pasal ESP ni..aku dapat info pun dari google..Antara Kelebihan ESP Shaklee ni ialah:-

+nak KURUS- ESP mengawal selera makan..

+nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari

+nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu

+nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

+nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya..

+kalau PREGNANT- ESP menguatkan rahim, untuk pembentukan otot baby

+NAK PREGNANT- ESP memelihara dan memulihara rahim.. 

 
 

Resipi untuk buat ESP SHAKLEE:-

  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
Aku beli kat website ni :- www.rahsiavitamin.com/www.sayangshop.com...kalau nak beli kat blog lain pun boley...harga promosi :RM120..boley guna sampai 2 bulan...aku xtahu lagi hasilnyer macam mane..insyaallah..doa2 la..susu aku semakin bertambah..amin..:)

Monday, August 6, 2012

Hebat tak SUSU IBU...

Berapa Banyak Bayi Minum Air?

Aku baru tahu berapa banyak bayi patut minum air. Ni pun aku baca kat blog hebatkan.blogspot.com...Aku rase betul maklumat ni..Bagi Bakal ibu patut tahu maklumat seperti di bawah:-

cARa mEnyImPaN MaKaNan bAyi

Hye semua...Aku tengah cari kerajinan untuk membuat makanan qisya ..so aku google la cara penyimpanan makanan dan apa makanan yang boleh dimakan untuk qisya..Blog ibucergas ni bagus jugak sebab ada gambar sekali. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la refer http://ibucergas.com/2011/01/makanan-bayi-yang-sihat-tanpa-pengawet/..

Ini hasil tangan ibucergas..kagum la aku tengok..rasa semangat dan tak sabar pulak nak buat seperti di atas...

Ni makanan yang dah dibekukan...so boleh pasni aku cari tray ais yang bertutup di pasaraya yang berdekatan...Ibucergas ni cakap dia beli dekat Giant...i follow u...hehehe
Ni pulak selepas dibekukan boleh dimasukkan di dalam bekas yang agak besar kemudian bila nak masak boleh lah dicampurkan seperti gambar di atas..Bestkan...memang terbaik la blog ibu cergas ni banyak maklumat aku dapat..tq:)
  1. Isnin: Bubur Nasi Putih + Brokoli + Ayam + Lobak Merah
  2. Selasa: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Kobis Bunga
  3. Rabu: Bubur Nasi Putih + Lobak Merah + Ayam + Bayam
  4. Khamis: Bubur Nasi Putih + Epal + Brokoli
  5. Jumaat: Bubur Nasi Putih + Keledek Merah + Bayam +Ayam
  6. Sabtu & Ahad: Banyak Kombinasi, sebab berada di rumah, jadi kadangkala beri pisang, betik, yang dijadikan finger food. Nasi juga tak lupa.
terima kasih kepada ibucergas.com :)


mAkaNaN pEjaL YanG pErLu TaHU

aKU gOoGle MakANaN pEjaL uNtuK bAYI YanG bErUsIA 6 bULan kE Atas...AntARA yaNG aKU daPAt DArI BEberaPA BloG iaItu:


1) BuBuR NaSi + SaWi + IKaN bILis@ aYaM
2) BuBuR NaSi + CaRrOT +ikAn biLiS @ aYaM + KiSmIS
3) BuBuR NaSi + LAbU +IkaN biLiS @ aYaM
4) BuBuR NaSi +Ubi JePUn+IKaN biLiS @ aYaM
5) BuBuR NaSi + KenTanG + iKaN biLIs @ aYaM
6) RotI+bEtIk+sUSu ForMUla @ sUsU iBU
7) BuBuR+cArRot+sAYuR SawI+KeNtAng+iKAn BiLis

bENDA pENtIng UtK BAby YanG bARU mAKan

aKU bAru tAHU BeNDa Ni aGAk PeNTIng uNTUK BAyI yANg Baru mAKAn..BendA pe Itu...taraaaaaaa..:-

fOOd CoNtAiNer- sIMpAn mAkAnAn UntuK bEbERapA MinGGu..mUDaHkAN..

Sunday, August 5, 2012

Qisya 6 Bulan

Terasa cepat pulak si kecik ni membesar...da masuk 6 bulan yek...so sekarang ni aku tengah mencari panduan makanan pelengkap si bayi yang berusia 6 bulan...


Jenis-Jenis Makanan Pelengkap Bayi

  • Pilih makanan yang kurang memberi kesan alahan kepada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu per satu supaya bayi dapat membiasakan diri dengan rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dalam kuantiti dan tekstur yang sesuai dengan tahap perkembangannya.
KUMPULAN BIJIRIN
  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana lebih mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang ataupun keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah pandai menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.
SAYUR2AN
  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran dari jenis buah seperti labu air dan tomato.
BUAH-BUAHAN
  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayuran dan dapat menerimanya dengan baik. Ini kerana, buah-buahan mempunyai rasa manis yg semula jadi dan mudah diterima oleh bayi, berbanding rasa sayur-sayuran.
  • Pilih buah yg segar, ranum, dan lembut seperti pisang, betik, ciku, dan pear.
  • ELAKKAN memberi buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAKKAN buah-buahan di dalam tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.
KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG
  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi dalam badan bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.
LEMAK DAN MINYAK
  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali apabila bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan
  • Makanan yang dikenal pasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAKKAN makanan-makanan ini semasa baru memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan
  • Guna SUDU PLASTIK khas bagi menyuap.
  • ELAKKAN penggunaan botol bagi memberi bijirin.
  • Latih bayi menggunakan sudu ataupun tangan semasa makan
Makanan Semasa Sakit
  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yang mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sebagai sumber tenaga; menyebabkan bayi kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan bagi membolehkan tubuh bayi melawan penyakit, tanpa menggunakan simpanan nutrien dalam tubuh.

6 BULAN


Minggu 1

Tekstur
  • Kisar halus ataupun tapis (sedikit cair)
Kekerapan
  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
Minggu 2-4

Tekstur
  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)
Kekerapan
  • 2-3x sehari
Contoh makanan
  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yang tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
7 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lebih kasar, pekat, dan tetap lembut
Kekerapan
  • 3-4x sehari
Contoh makanan
  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)
Makanan yang mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut)
  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah-buahan (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju
9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur
  • Lembut, cincang ataupun potong kecil
Kekerapan
  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)
Contoh makanan
  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur ataupun rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, dan brokoli)
  • Buah-buahan yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, dan betik yang dilecek kasar)
  • Buah-buahan yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai-kedai 'pak arab'), puding susu
Sumber protein
  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

Monday, April 23, 2012

Dunia Baru Baby Qisya....


Aku bersyukur Alhamdullilah kehadrat Illahi kerana mengurniakan aku seorang bayi perempuan yang sangat comel.


Nama Bayi : NUR QISYA ADELIA BINTI NOOR HASLAN
Berat : 3.00 kg
Tarikh : 28 Disember 2011
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Wad Bersalin pertama, Katil no 10, Hospital Sultanah Aminah...

Kali pertama mengandung ni rasenya banyak jugak cabaranya..sebab banyak pertanyaan di kepala aku yang masih belum terjawab..Antaranya ialah...Macam mane yer sakit bersalin????Tanda-tanda bersalin pula???Nak bersalin macam maner???bile aku tanya kawan-kawan semuanya cakap tidak boleh nak cakap kesakitan tu...nanti dah bersalin tahulah rasanya..adooiiii..rase berdebar pulak...da dekat tarikh nak bersalin tu lagi kuat debaran aku rase...sampaikan aku terfikir xnak bersalin nak mengandung jer....ada pulak kan..xsenonoh betul pe yang aku fikir tu...

Tanggal 27 Disember 2011, aku dan suami tengok wayang tengok movie ...MISSION IMPOSSIBLESelepas habis movie aku terus ke toilet...aku rase xsedap hati sebab beberapa titik darah telah keluar..maybe ini tanda-tanda orang nak bersalin.Aku terus pergi ke HOSPITAL SULTAN ISMAIL yang berdekatan dengan JUSCO, TEBRAU...

Pabila aku cek di HSI...Doc. yang cek aku menyatakan aku da buka 1cm...OOO..yeker..so dia suruh aku balik dulu..Keesokkanya jam 8.00 pagi aku terus gerak ke HOSPITAL SULTANAH AMINAH..Doc cek aku sekali lagi..dah buka 2cm...so aku kena tahan di wad..Suami aku terus daftar kan aku di wad kelas pertama..katil no 10...HSA..
Aku bermalam di wad sendirian ...hanya handset menemani aku...Kesakitan menjadi kerap sehingga subuh...Jam 5.30 pagi aku diarahkan Doc. masuk ke labour room...sebelum tu Nurse memberi peluang aku breakfast dahulu supaya aku ada tenaga untuk meneran nanti...Debaran di dada hanya tuhan saja yang tahu..yang pastinya aku xsabar mengeluarkan baby ini...

Jam 9.30 pagi...Alhamdullilah....akhirnya berjaya jugak aku mengeluarkan baby gurl..cantiknya kurniaan yang tuhan berikan..dalam keadaan aku yang sangat keletihan sempat aku melihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah suami aku...