CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 23, 2012

Dunia Baru Baby Qisya....


Aku bersyukur Alhamdullilah kehadrat Illahi kerana mengurniakan aku seorang bayi perempuan yang sangat comel.


Nama Bayi : NUR QISYA ADELIA BINTI NOOR HASLAN
Berat : 3.00 kg
Tarikh : 28 Disember 2011
Masa: 9.45 pagi
Tempat: Wad Bersalin pertama, Katil no 10, Hospital Sultanah Aminah...

Kali pertama mengandung ni rasenya banyak jugak cabaranya..sebab banyak pertanyaan di kepala aku yang masih belum terjawab..Antaranya ialah...Macam mane yer sakit bersalin????Tanda-tanda bersalin pula???Nak bersalin macam maner???bile aku tanya kawan-kawan semuanya cakap tidak boleh nak cakap kesakitan tu...nanti dah bersalin tahulah rasanya..adooiiii..rase berdebar pulak...da dekat tarikh nak bersalin tu lagi kuat debaran aku rase...sampaikan aku terfikir xnak bersalin nak mengandung jer....ada pulak kan..xsenonoh betul pe yang aku fikir tu...

Tanggal 27 Disember 2011, aku dan suami tengok wayang tengok movie ...MISSION IMPOSSIBLESelepas habis movie aku terus ke toilet...aku rase xsedap hati sebab beberapa titik darah telah keluar..maybe ini tanda-tanda orang nak bersalin.Aku terus pergi ke HOSPITAL SULTAN ISMAIL yang berdekatan dengan JUSCO, TEBRAU...

Pabila aku cek di HSI...Doc. yang cek aku menyatakan aku da buka 1cm...OOO..yeker..so dia suruh aku balik dulu..Keesokkanya jam 8.00 pagi aku terus gerak ke HOSPITAL SULTANAH AMINAH..Doc cek aku sekali lagi..dah buka 2cm...so aku kena tahan di wad..Suami aku terus daftar kan aku di wad kelas pertama..katil no 10...HSA..
Aku bermalam di wad sendirian ...hanya handset menemani aku...Kesakitan menjadi kerap sehingga subuh...Jam 5.30 pagi aku diarahkan Doc. masuk ke labour room...sebelum tu Nurse memberi peluang aku breakfast dahulu supaya aku ada tenaga untuk meneran nanti...Debaran di dada hanya tuhan saja yang tahu..yang pastinya aku xsabar mengeluarkan baby ini...

Jam 9.30 pagi...Alhamdullilah....akhirnya berjaya jugak aku mengeluarkan baby gurl..cantiknya kurniaan yang tuhan berikan..dalam keadaan aku yang sangat keletihan sempat aku melihat cahaya kegembiraan yang terpancar di wajah suami aku...