CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 30, 2013

cerita 28/12/2013...ePi BeSdaY mY lOvELy NuR qIsYa aDeLia*****


Aku nak stori pasal pre birthday Qisya yang aku da prepare 2 month lepas..Biasala anak 1st...n 1st time buat birthday party..so excited tu lebih sikit..orang kuat yg byk tolong aku ni aku gelarkan dia bunga la..sebab dia punye life ni penuh dengan bunga2..dari dulu sampai sekarang xubah...sama jer..dulu kami gaduh tapi sekarang kami akrab semula ..alhamdullilah ..:) 

Bulan pertama aku spent sikit duit gaji aku tuk beli peralatan seperti kayu, reben, goodiess, n kain ..semua ni dalam RM200 da cukup..sebab aku memang bajek sikit..sambil2 tu aku googgle la table candy yang simple tapi ceria sesuai tuk si kecik nanti...Ni la hasil nyer:-

Gambar sebelum kejadian:_






Aku post lambat sikit yerk gambar tu....sebab aku lupe bawah usb..

Sambung cerita pasal pre birthday Qisya bulan ke2 pulak aku shopping segala mcm  candy yang dicadang si bunga ni contohnyer:- jelly,chumi,coklat,gula2, choki2, mashmellow, cheese tart, dll.... Aku terlebih rajin apam polkadot n biskut aku buat sendiri..Total tuk semo ni dalam RM500**

tadaaaaaaaaaaaaaaa.......nila hasilnye:-

*************************************************************


 Homemade sugar cookies...

**************************************************************
apam polkadot...


****************************************************************

Jom kite layan gambar Birthday Girl....


waaaaa...terasa nak angkat bakul sendiri la...:)





Alhamdullillah semua plan berjaya..tq a lot to Bunga &Najib -tolong angkat meja yang sangat ler berat..Bunga-mekasih tolong dari A-Z..Mak + Ayah Mertua-Chef tuk makanan berat (nasi jagung,ayam merah, daging kurma,kambing)..Kak YOng + Abg Fairuz-sponsor kambing..Mak+Abah-Chef ketupat + sambal kacang..Ina-sponsor cup cake choc..Family+Kawan2-Hadiah yang cantik2 n cute..Ita-mekasih tolong jahit kain..Samsul + Aini-Tolong aku buat props..n tak lupe aku nak wish tq so much to my husband..tq semuanyer:)luv u so much!!!

Tuesday, November 19, 2013

KerJaYa MeNjaMiN MaSa DePaN

Yes..memang betul..kerjaya merupakan salah satu faktor hidup yang penting untuk kite mencapai keselasaan hidup..Aku memang xnafikan..aku pun tengah berusaha untuk mencapai kerjaya yang setaraf dengan akademik aku..kite perlu ada perancangan dalam hidup ni..if xberjaya capai..try cari alternatif lain yang boley back up untuk mencapai impian itu..ok..aku cite cikit pasal diri aku..abis jer spm aku target nak masuk mane2 ipta..tapi result spm xbape cantik..aku try cari alternatif lain..tuk masuk jugak ipta..so aku sambung la stpm...kalo korang nak tahu aku pernah studi kat maktab adabi, Muar semata-mata tuk sambung belajar ke universiti..Zaman aku sape yang dapat masuk universiti sangat lah bertuah ..Course pe yang dapat semua tu belakang kire..Cikgu Kaunselor aku cakap bile kite ambil STPM kaki sebelah da ada kat ipta..tinggal lagi sebelah jer..maybe itu kata2 semangat tuk aku...Dalam diam tanpa pengetahuan aku abang aku mendaftarkan diri aku ke Form6..N after Stpm aku berjaya jugak masuk UUM..Alhamdullillah ..:)

Korang nak tahu tak ni la besfren aku masa studi kat UUM ...

me + Ida..

Geng Blok D TNB
konvoi ke penang+kedah+perlis

seronok kalau throwback aduyaiii..ley meleleh jugak air mata ni sebab rindu lepak2 macam dulu...pe2 pun semuanye memang da simpan cantik kat satu sudut yang aku tak kan lupe sampai bile2..sekarang ni aku da kerja tetap insyaallah aku teruskan keje di sini sehingga la aku pencen...Kehidupan sekarang ni pun da cukup bahagia.Aku percaya suatu hari aku pasti Allah s.w.t makbulkan doa aku untuk mencapai impian yang aku idamkan selama ini..yang pasti usaha tanpa mengeluh insyaalah pasti berjaya..jangan jadikan kelemahan kite sebagai penghalang untuk terus berjaya..amin:)

Monday, November 18, 2013

Raya ...Oh Raya 2013

Tahun ni merupakan tahun akhir kite orang beraya di Kampus Jb..Larkin..huhuhuhu..sedey :( Meh kite layan gambar2 kat bawah ni...:-

Breakfastfast kali terakhir bulan syawal


enjoy dengan menu tersedia


with student practical (baju glamour kaler pink belah kanan)


gerai kami:)

ratu rania uitm coming soon ...


mai..mai...


mau order per?..masak sendili la..


hensem ker?..tolong jawab dalam hati:p


kerabu mangga handmade..

Tolong Kawan Promote Website Wedding Rental, Props Wedding, hand Bouquet & etc..

Hye kengkawan semua...Hari ni aku nak promote website kawan aku ni..Sesiapa yang nak kahwin xde idea nak buat tema pre wedding or nak rental wedding or pe2 la berkenaan dengan wedding..meh sini singgah website ni..http://labochihouse.blogspot.com/ ..Tokey dia comel..kecik2 jer tapi dia punye idea sangat brilliant..aku memang bagi sejuta thumbs...nasib baik lah aku ni da kawen..kalo tidak memang ni orang aku cari dulu...banyak idea yang kreatif kadang2 aku tak terfikir pun dia boley tolong fikirkan...aku share cikit gambar yang aku kredit dari labochihaouse...


bunga tangan yang sangat glamour:)


pre wedding : tema vintage


jom..kite main bingoo....


kredit by: labochihouse 2013

hIDUP mEsTi SemPoI....

aSSalammualaikummmmmm...

Wah...da lame aku xupdate blog..rase makan bulan jugak kan..banyak sebenarnya nak aku stori ni..tapi aku singkatkan la..ok..kite mula yang stori best ..

* Aku da tukar department BARU...macam besau jer tempat keje aku ni..padahal cume tukar bos jer.tempat duduk sama..suasana sama..orang sekeliling pun sama..jiran aku jer bertukar baru..Bos lame aku sekarang ni segan la nk suruh aku buat macam2 keje..tapi aku still bantu la pe yang patut..aku bukan jenis orang yang lepas tangan ok..aku still bantu staf baru tu buat pe yang patut..budak baru tu nama dia "Shahren"..harap2 dia xbaca la blog ni..:p


Thursday, February 7, 2013

GaDiS BoSaN d FaCeBooK & pEnGkOmEn MiSteRI...

Agak kelakar kisah gadis yang bosan dalam laman sosial facebook ni. Dan yang peliknya ada pulak pengkomen misteri yang memberikan komen yang cukup bermakna dan berilmu.
Alih-alih gadis ni marah pulak. Kenapa gadis ni marah? Apakah komen yang beliau dapat? Dan siapakah yang memberikan komen tersebut?
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  
Suatu malem, si abah terlihat anak gadisnya yang bongsu update status di facebook. Statusnya bertaip:

“Nape la hati ni tak tenang..somebody pls..I need someone..:( “
Maka ramailah jejaka-jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka hensem, ada jejaka poyo, ada jejaka alim-alim kucing. Semua nak berikan jawapan. ‘Ah, semua hanya nak mengurat!’ getus hati si gadis. Sampailah giliran jejaka yang ke 401.
Jejaka 401 komen:
“Mana hati nak tenang ~;
~ kalau solat pun kurang?
~ tahajjud pun sekali dalam 12 bulan?
~ nangis sujud taubat pada Tuhan pun jarang-jarang?
~ bila sedih kau cari kawan then kau pergi have fun!?
~ bila ada masalah muzik dan lagu yang ko layan. Al-Quran mana nak layan?
~ bila bibir rajin mengumpat, zikrulllah tak pula jadi sebutan?
~ bila study, hormat pada guru dan pensyarah pun kurang?
~ bila tak tenang, mengadu di laman sosial jadi pilihan, tikar sejadah mana nak pandang?
~ bila tak tenang, cari teman buat pasangan tapi tak cari Tuhan buat penunjuk kebenaran?
Tapi yang hairannya bila tengok cerita “Setia Hujung Nyawa”, tenang sungguh perasaan ya sampai nitis air mata. Tengok watak Zain Hakimi terus tenang plak..lulzzz…
Wahai pemilik fb ni, sudah-sudahlah tu membongak~~”
Apabila si gadis terbaca komen jejaka 401, terus dia berang sambil menyumpah seranah sambil gerakkan cursor laju-laju cari button block.
Then, gadis tu update status baru:
“I dah block mamat poyo mana ntah berlagak macam tahu semua tentang aku. Hey, u just know my name, not my story!”
Si abah tersenyum di bawah meja sambil main laptop. Dalam hatinya berkata,
“Fuh, nasib baik aku dah buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pon..kah kah kah..kali ni nak guna gambar mamat ensem lak pi tenangkan dia konon²nya kat Message..hik hik hik
Cerita oleh Syabab Musafir Kasih

PeSaNaN BuaT SuaMi TeRcInTa:)

:Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



Alhamdullilah setakat ni suami aku sangat la membantu..dan memahami aku...luv u so much:)

Tuesday, February 5, 2013

2nd Year Anniversary-30.10.2012

+Cameron Highland+

Aku sambut 2nd year anniversary  kat Cameron Highand konvoi 3 kereta dari JB..

+ Stay kat Apartment belakang petronas,Tanah Rata.. Harga RM170 sebab aku pergi ramai2 dengan geng ofis.
+ Hari pertama:- Jalan2 kat Strawbery Resort Park, Healthy Strawbery Farm, FAMA..area Tanah Rata ..mlm pulak aku jalan2 kat pasar malam bawah apartment..sebab da keletihan.
+ Hari Kedua:-Gerak g Ladang Teh Boh Ombak Rindu. Jalan ke sana sangat lah mencabar kena selalu tekan hon..tempat memang superb..terbaik lah..:) then, gerak g pasar sayur dan Avent Choclate di Jalan Brinchang..baru lah balik JB...

Cuci mata jap erk:-

 
Mulakan dengan senyuman:)

 d Healthy Strawbery Farm

 d Strawberry Park Resort
 d FAMA
 ni la Apartment kite owg stay
 strawbery + white cream jadi kegilaan aku..yummyy
 d Strawbery Resort Park
 Qisya + Strawbery
 d Avent Chocolate
Menu Breakfast
Aku + Qisya + Ija+ Zara
 d Ombak RINDU
 Cantik tak?
Tam + Yana



2nd HoneyMoon at Yogjakarta, Indonesia

Tarikh : 17hb hingga 19hb Jun 2011
Tempoh : 3 hari 2 malam
Tempat bercuti : Yogjakarta, Indonesia

Pe Yang BEST kat sini?

+Tempat Bersejarah-Candi Borobudor + Candi Prambanan+Muzium+Masjid
+Shoping-Barang yang sangat murah..memang best shoping..:)
+Transport-korang boley pilih nak naik kete kuda, beca, kereta sapu, sepeda, motorsikal atau jalan kaki..
+Penduduk yang sangat padat
+Dapat tengok ragam penjual, peminta sedekah dan macam2 lagi..

welcome to airport Jogja

 Candi Prambanan 

 Candi Borobudor

 ni kat tingkat paling atas Candi Borobodur

Pintu belakang candi Prambanan

 Koleksi pelbagai bentuk candi

 Pengangkutan di Jogja

 Canting Batik - boley tahan murah batik kat sini:)

1st HoneyMooN at Krabi, Thailand

Tarikh: 2hb hingga 5hb Januari 2011
Tempoh: 4 hari 3 malam
Tempat Bercuti:  Krabi, Thailand

Pe Yang Best di Krabi??

+Pantai yang sangat cantik -Kalau boley ambik pakej jalan2 g 4 pulau..antaranya pulau phi phi island, chicken island, james bond island dan satu lagi aku xberapa ingat..memang sangat berbaloi...release tension..sesuai sangat untuk owg honeymoon. Harga dalam RM2oo sahaja utk 2 person..
+Pakej treasure hunt- Harga dalam RM200 jugak tapi aku dapat diskaun..kat sini korang boley naik gajah pusing2 dalam hutan, g kolam air panas , dan tiger cave temple..
+Aku amek pakej honeymoon- stay kat Sunda Resort, Harga dalam RM2000 termasuk:-massage, transport, pakej 4 island, breakfast + dinner, cake, n mcm2 la..5 star aku bagi:)

 jom...join kite owg


 sunda resort @ krabi


jalan2 sekitar Aonang, krabi

@ Aonang, Krabi

Snorkling @ phi phi island 

  nice island..



 resort @ phi phi island