:Pesanan Buat Suami::
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan
sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik
dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya
isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata
untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada
anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami,
isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan
sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak,
mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri
bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami
lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan
sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi
maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri
dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah
dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah
ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah
sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah
isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah
berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi
mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau
tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan
asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang
kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah
awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri
dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami
masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami
masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk
neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri
masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya
tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan
ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa
yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau
isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf,
kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami
rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang
dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada
para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah
hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah
s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Alhamdullilah setakat ni suami aku sangat la membantu..dan memahami aku...luv u so much:)