CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 25, 2011

Makan..Makan..& Makan..

Berbuke Puasa di Hotel Mutiara (10/08/2011)

Aku pertama kali berbuke di luar sepanjang bulan ramadhan bermula..Kalo husband aku xajak memg malas jugak nak keluar..faham2 jerlah..bulan puasa ni cepat sgt letih..dan cepat sgt terlena..Sedar2 jer da pukul 12 tgh malam..mane tdknyer..bile perut da kenyang..cepat terlena kan.

Berbuke Puasa di Benafe Village (15/08/2011)

Dah lame aku xmkn di Benafe Village ini..last aku mkn tahun lepas..time breakfast wif tasha n ina..masa tu memg da jemu sgt makan kat tempt yg sama..( warung semekom)..Kebetulan puasa ke 15 ni husband ajak mkn wif dgn kawan 2 ofis dia...aku follow jer la..lagipun xkan aku nk mkn kat uma sorang2 kan..lagi la bertambah keboringan...yaNg pastinyer xmungkin husband aku akan tinggalkan aku mkn sorg2..Buke puasa pada hari tu di taja oleh TM net...aku bukan kenal pun..tapi bile dia tegur aku jadi buat2 la peramah..Owgnyer cantik..anak2 pun da besar..pandai dia jaga penampilan..pe2 TQ A LOT...:)

Monday, October 24, 2011

Hehe..actually post ni aku copy  dari blog cik dellaila tu ha...mekacih dellaila...=) sebabnye rase info ni mmg sangat berguna..n aku boleh gunakan pada masa akan datang buat rujukan..especially bile sampai masanye..;-)
Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerahsusu ibu..
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
Cara-cara:
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
**Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
Menyimpan susu yang telah diperah.
* Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan
* Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

 Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.
atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.

* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:

Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Cuti-Cuti 'D' Pahang...

Seawal jam 7.oo a.m kami (Famili Kak Yong+Mak mertua+Ayah Mertua+Aku+My Husb) gerak ke Pahang melalui jalan mersing...Perjalanan kami agak panjang jugak...kerana sampai dalam jam 3.00 petang...Tibanye di rumah Adik my husb...iaitu Asan+Umi...
Dia orang pun baru saja berpindah rumah baru...rumah teres setingkat...berwarna kelabu...3 bilik..cantik+ringkas+moden+sangat tenang...area umah dia berdekatan dengan sungai...aku pun dah lame tdk berjalan jauh terasa jugak lah kepenatan walaupun aku tidak memandu....hehehehe..
Aku nak cite cikit pasal mcm mane aku boley tahu yg aku preggy...hehehe..Adik ipar aku (umi) yang menegur aku mengenai bentuk fizikal aku yang semakin membesar...dia pun perasan yang aku semakin tembam..maybe firasat dia ada menyatakan yang aku ni tgh preggy...aku mula2 merasa malu jugak..then..aku singah ke bandar bersama suami aku membeli pregnancy test...kebetulan plak buy 1 free 1...selepas saje buat bayaran aku xsbr2 untuk cek di toilet...aku telah membuat kesilapan di mana aku tersalah letak sample air kencing di pregnancy test...huhuhuhu..

Percubaan pertama gagal...sampai sahaja di GAMBANG WATER PARK..aku terus menuju ke toilet..Percubaan kali kedua...Aku berjaya ...HOORAAYYY..aku tgk pregnancy test tu berulang kali...betul ker ni???? seperti tidak percaya..yang aku PREGNANT...Ya Allah...TERIMA KASIH memberi rezeki kat hambamu ini...Aku sangat2 bersyukur...saat yang paling mengembirakan..seperti mahu menangis sahaja...Suami aku di luar toilet pula tidak sabar menunggu jawapan daripada aku...aku hanya senyum dan terus menunjukkan kepada suami aku..Dari riak muka dia aku dapat rasekan dia sangat bahagia...:)
Setelah mengetahui aku preggy aku terus tidak melibatkan diri dalam apa2 permainan di Water Park..Aku hanya melihat saja..dan bermain air...seperti kanak2 lain...hehehe..Di bawah aku ada selitkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca blog..sekian...
Pregnancy test yang buat aku n husband aku hepi:)