Hehe..actually post ni aku copy dari blog cik dellaila tu ha...mekacih dellaila...=) sebabnye rase info ni mmg sangat berguna..n aku boleh gunakan pada masa akan datang buat rujukan..especially bile sampai masanye..;-)
Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.
Masa untuk mula memerahsusu ibu..
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.
* Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
* Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
3:Pusing dan perah dari semua arah.
4:Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.**Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.
* Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
* Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk (fridge) untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (freezer, lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan
* Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu
adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah
untuk bayi anda.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.
* Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
* Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.
atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air
paip.
*
Jangan cairkan susu pada suhu bilik.
*
Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air
yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan
bergentil.
* Susu yang
diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk
tujuan memanaskan atau mencairkannya.
* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya
sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
* Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
* Gunakan jadual berikut sebagai panduan:
Hari 1-3 : Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 4-6 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.
Hari 7-9 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.
Hari 10-13 : Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.
2 comments:
anak aku pon bulan 1 gak yana.. aku nak copy bleh yana??? nk tunjuk kat bini aku hehehe
boley sangat....aku pun copy owg punyer blog...hihihi..
Post a Comment