Welcome to Bandung,Indonesia..
Harga tiket ke bandung lebih kurang RM500 termasuk kami bertiga, pergi dan balik. Kami masih memilih Air Asia, tapi kali ini kami naik dari Senai, so tak payah turun KL...Ada cerita sebenarnya dalam perancangan kami pergi lepas hari raya Aidilfitri dalam bulan 0gos tapi disebabkan hal2 tak dapat dielakkan Air Asia minta kami pergi awal iaitu bulan Jun sebelum raya. Kami dapat seat depan sekali belakang pramugari. Kira oklah sebab beli tiket murah dapat tempat vip..hehehe
Saturday, October 18, 2014
Cuti-Cuti di Bandung, Indonesia
Posted by Ruzi_Yana at 9:55 PM 0 comments
Friday, October 17, 2014
Throwback: 2nd Trip Cameron Highland + My Luv family
Jom kita layam gambar2 untuk tatapan peminat blog:-
Next destinasi kami :- Ladang Teh Boh (Ombak Rindu)..di Sungai Palas..sila set GPS anda supaya tidak sesat..5km dari Kea Farm Market..Tempat dia memang cantik sangat tak tercakap kena pergi baru tahu..kami da pergi kali ke2 still masih excited macam kali pertama pergi..Cuma korang kena banyak sabar jalan ke kebun teh ni sebab jalan sempit..sentiasa bunyikan hon...sepanjang jalan..supaya tidak berdentum dgn kereta di depan korang...Sampai di TEH BOH ni jangan lupa pergi kilang sekali...tengok proses teh dan sebagainya..dan paling penting jangan lupa shopping teh yerk:)
Pada jam 5.oo petang kami terus gerak ke Taman Agroteknologi MARDI..last destini sebab dah kesuntukan masa..kami jalan2 sahaja di sini..tapi dapat lah beli bunga halau nyamuk..dan bunga lavendar..murah RM5.00 kalau tidak orang luar jual RM10.00...
Pada jam 6.30 petang kami terus ke Pasar Malam..Shopping last minit pe yang patut..
Hari Ketiga: Kami gerak balik jam 8.00 pagi dan memilih Jalan Tapah sebab kami nak singah Bharat Teh Boh..Perbezaan kedua tempat Teh Boh ni ialah seperti berikut :-
1) Bharat Teh Boh, Tanah Rata.
2) Boh Tea Plantation, Sungai Palas, Brinchang.
Oklah, tamat lah sudah coretan kami pada kali ni...next holiday ke BANDUNG, nanti ada masa kami update, terima kasih pembaca blog warna warni kehidupan.Alhamdullilah:)
Tempat yang wajib pergi:-
1)Bharat Teh Boh, Tanah Rata
2)Boh Tea Plantation, Sungai Palas, Brinchang
3)Strawberry Healthy, Brinchang
4)Lavendar Park, Brinchang
5)Smoke House, Tanah Rata
6)Taman Agroteknologi MARDI
7)Pasar Kea Farm
8)Pasar Malam Brinchang
9)Avant Chocolate, Brinchang
10)Kalau sempat singah singahlah Bee Farm Cameron Highland..
Peringatan untuk diri sendiri: Ke mana kite pergi jangan lupe solat..Insyaallah perjalanan kita dilindungi Allah s.w.t...amin
Tamatlah percutian kami buat kali ke 2 di sini..:)
Posted by Ruzi_Yana at 8:05 PM 0 comments
Thursday, October 16, 2014
Throwback: Cuti-Cuti di Pulau Lagenda Mahsuri-LANGKAWI
Assalammualaikum w.b.t...Alhamdullilah kerana masih ada nawaitu untuk update blog...untuk pengetahuan semua aku nk block blog aku ni..tiba-tiba jer aku tukar fikiran untuk teruskan juga agar blog ini boleh diteruskan dan dibaca anak aku Nur Qisya Adelia...Sekurang-kurangnya aku ada kenangan untuk dia baca bila dia besar nanti...Kita tak payah celoteh panjang kite teruskan dengan agenda kita...
Throwback: Cuti-Cuti di Langkawi...
Pada awal bulan Januari 2014...Aku 1 Family + Zen Family bercuti ke Langkawi ...Kami naik flight Air Asia dari Kuala Lumpur..xlarat nak drive jauh-jauh ...Harga time ni kami survey untuk 3 orang RM500...pergi + balik...Lebih kurang 1 jam da sampi ke Langkawi...Xpayah naik feri...senang sampai jer terus sewa kereta..1 hari RM100..Kami pergi 4 hari ..so RM400...Kalau pergi dgn kawan dapat jimat sikit sebab kita boleh share..:)
Hari pertama: Sampai ke Lapangan Terbang Langkawi...Terus sewa kereta vios gerak ke Pekan Kuah...Sampai pun dah malam so kami terus check in...Hotel bajet 3 bintang...Malam takde aktiviti just makan malam di area Pekan Kuah...
Hari kedua : Pagi-pagi dalam pukul 8.00 pagi terus gerak ke Cabel Car..Tapi masa tu xboleh naik sebab angin tengah kencang so terpaksa pergi ke tempat lain dulu...petang pukul 5 kami terjah kali 2 baru la dapat naik...orang memang ramai...korang kena banyak bersabar...
Ini gambar cabin chalet sekitar di Pantai Chenang...tengok2 sahaja..next time stay sini ok jugak..unik kan the cabin langkawi ni...
Tempat lain yang kami pergi...Taman Hidupan Liar..lebih kurang macam zoo la..sesuai sangat untuk sesiapa yang ada anak kecil seperti kami...Kat sini yang bestnye kita boleh masuk kandang arnab, burung, kambing dan bagi makan sendiri ..itu yang anak aku suka...Harga tiket lebih kurang seorang RM10..Makanan burung pun lebih kurang RM10...
Hari Ketiga : Check in di Chalet AB Motel...di Pantai Chenang...Harga satu malam RM100+ per night...Untuk pastikan sila tengok website chalet tersebut...Satu sahaja kami nak ingatkan jangan lupa jaga KUNCI bilik betul2..jangan sampai tercicir or miss place..ingat yerk..sebab kawan kami da terkena...Harga Kunci if hilang RM100...murah kan..:P...Chalet ni best berdekatan dengan pantai...So kalau nak pergi jalan area pantai Chenang jalan kaki jer..senang sebab tempat ni time malam happening sangat ..confirm la enjoy...:)
Gambar ni kami nak gerak ke Tasik Dayang Bunting...Kami pergi sewa bot ramai2..
Harga Dewasa -RM35, Kanak-kanak -RM25..(Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar + Pantai Beras Basah)..if nak sewa 1 bot -RM400-500...
Kalau nak pergi plan betul2..dan pastikan anda semua tidak kena tinggal dengan bot..line hp kat sini memang xcantik...if dia cakap 40 minit di Tasik Dayang Bunting..korang kena ikut..jangan jadi macam kami...Oleh kerana excited kami sewa la KAYAK..RM30 ...seronok pada awal..tapi bila dah sampai tengah pingsan sebab KAYAK ni la kami kena tinggal bot..wawawawa....nasib baik ada orang baik hati boleh tumpangkan kami...huhuhu..dalam hati tetap enjoy:)
Hari Keempat: Pukul 10 pagi kami da check out...dan gerak ke Dataran Helang mercu tanda Langkawi bersebelahan Jeti Kuah ..For ur info patung ini setinggi 12 meter dan menggambarkan lang ni berdiri di atas batu kawi...Sebab itu lah dinamakan LANGKAWI....then gerak shopping di Bangunan Haji Ismail...Kami xshopping banyak tapi inilah hasil shopping kami...
Ok sampai di sini dulu...tadaaaa...maybe next time pergi dengan kawan-kawan pulak..if dapat permission dari Bos besar..:)
Posted by Ruzi_Yana at 5:24 PM 0 comments