CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 17, 2014

Throwback: 2nd Trip Cameron Highland + My Luv family

Alhamdullilah...dengan izin Allah s.w.t kami sekeluarga berpeluang bercuti ke Cameron Highland buat kali ke2..ini bermakna kami xserik dengan jem..hahaha..lagi pun permintaan mak + ayah kami turutkan..kesian dia orang pun teringin nak cuti dengan baju sejuk ala2 dekat oversea...tak gitu sayang..

Jom kita layam gambar2 untuk tatapan peminat blog:-

1st Trip: @Crown Imperial Court Apartment , Brinchang, sesuai untuk kali pertama pergi dan lebih dekat dengan pasar malam. jalan kaki pun boleh.. Baca ni http://ruziyana.blogspot.com/2013/02/2nd-year-anniversary-30102012.html Kalau nak tahu lebih lanjut buka website yang ni : http://www.cameronhighlandsinfo.com/apartment/crown_imperial_court/...No.h/p: 0194242375 @ 05-4915497...


 2nd Trip: @Green Hills Resort...Harga dalam RM200+ sorry terlupe harga sebab time kami pergi ni ada orang sponsor..:) so kalau nak tahu harga minta tolong cik google http://www.cameronhighland.net/greenhill-resort.htm..if nak rasa duduk jauh sikit dari kesibukan pasar malam kami cadangkan bolehlah pilih Green Hills Resort ni sewa satu rumah..kalau nak lagi jimat bolehlah masak sendiri.


Hari Pertama: Kami memilih Jalan Simpang Pulai, Sebab jalan ni orang cakap lagi elok dari Tapah, Dari Nilai jam 7.30 pagi dan sampai di Tanah Rata, Cameron Highland jam 1 tengahari..Selepas solat dan berehat sebentar kami terus berjalan sekitar tanah rata sambil menghirup udara yang segar dan bergambar di Smoke House..
 

si comel kami:)
 
 Hari Kedua : Jam 8.00 pagi terus gerak ke Brinchang, Cameron Lavendar Park..Belajar dari pengalaman kami kalau nak berjalan keluar awal dan jalan-jalan di Brinchang dulu..Korang kena plan dulu nak pergi mana jangan main terjah jer xde plan nanti sangkut kat dalam jem korang jugak yang rugi...habiskan masa dekat jalan..

Harga tiket : RM5.00 dewasa..RM3.00 kanak-kanak...
Apa yang best:- nampk bunga yang berwarna warni termasuk bunga lavendar, cafe yang unik, ada love locks dan boleh petik fresh flowers dan cenderamata yang cantik semua bertemakan warna purple bunga lavendar. Dekat sini xpayah lama2 jam 10 pagi dah boleh terus gerak ke next destini.

Next destinasi kami :- Ladang Teh Boh (Ombak Rindu)..di Sungai Palas..sila set GPS anda supaya tidak sesat..5km dari Kea Farm Market..Tempat dia memang cantik sangat tak tercakap kena pergi baru tahu..kami da pergi kali ke2 still masih excited macam kali pertama pergi..Cuma korang kena banyak sabar jalan ke kebun teh ni sebab jalan sempit..sentiasa bunyikan hon...sepanjang jalan..supaya tidak berdentum dgn kereta di depan korang...Sampai di TEH BOH ni jangan lupa pergi kilang sekali...tengok proses teh dan sebagainya..dan paling penting jangan lupa shopping teh yerk:)



Lepak kat sini jer sampai pukul 3 petang terus gerak ke Healthy Strawberry Farm..Shopping strawberry banyak2 yerk kat sini..

Pada jam 5.oo petang kami terus gerak ke Taman Agroteknologi MARDI..last destini sebab dah kesuntukan masa..kami jalan2 sahaja di sini..tapi dapat lah beli bunga halau nyamuk..dan bunga lavendar..murah RM5.00 kalau tidak orang luar jual RM10.00...

Pada jam 6.30 petang kami terus ke Pasar Malam..Shopping last minit pe yang patut..

 Wajib beli strawberi..RM10 satu kotak..
 Jangan lupa rase jagung manis Cameron

Borong Teh banyak2..dekat pasar malam lagi murah.
Beli lah bunga utk yang tersayang..RM10 (10 @11 kuntum) Bunga ni tahan 2 tahun..dia cakap lah tapi aku beli bunga lavendar jer tahan..bunga ros n lain2 tak pun..

Cendawan goreng dan bayam goreng jadi tumpuan kami..

 Hari Ketiga: Kami gerak balik jam 8.00 pagi dan memilih Jalan Tapah sebab kami nak singah Bharat Teh Boh..Perbezaan kedua tempat Teh Boh ni ialah  seperti berikut :-

1) Bharat Teh Boh, Tanah Rata.


-Ada Air Terjun, Cafe biasa jer, Ada jual paket teh yang campur2, pemandangan teh yang lagi tersusun dan boleh turun ke kebun teh dan menghayati keindahan kebun teh yang berbukit .aku bagi 5 star untuk yang ni.

2) Boh Tea Plantation, Sungai Palas, Brinchang.



-Ada kilang proses teh, boleh tengok sendiri proses teh, cafe cantik sangat macam kat dalam filem Ombak Rindu, Teh kat sini xde paket yang campur2 kalau nak kena beli satu kotak dan campurkan sendiri, disediakan tester  so boleh rase, Ada satu bilik dan video untuk kita yang nak tahu lebih detail pasal proses teh (dah macam tengok wayang ramai2 dalam gelap)..kat sini xde air terjun . Apa2 pun kalau nak tahu lebih detail kena pergi baru tahu..Kami dah pergi dua tempat ni ada keistimewaan sendiri. ENJOY:)

Oklah, tamat lah sudah coretan kami pada kali ni...next holiday ke BANDUNG, nanti ada masa kami update, terima kasih pembaca blog warna warni kehidupan.Alhamdullilah:)

Tempat yang wajib pergi:-
1)Bharat Teh Boh, Tanah Rata
2)Boh Tea Plantation, Sungai Palas, Brinchang
3)Strawberry Healthy, Brinchang
4)Lavendar Park, Brinchang
5)Smoke House, Tanah Rata
6)Taman Agroteknologi MARDI
7)Pasar Kea Farm
8)Pasar Malam Brinchang
9)Avant Chocolate, Brinchang
10)Kalau sempat singah singahlah Bee Farm Cameron Highland..

Peringatan untuk diri sendiri: Ke mana kite pergi jangan lupe solat..Insyaallah perjalanan kita dilindungi Allah s.w.t...amin







Tamatlah percutian kami buat kali ke 2 di sini..:)

0 comments: